Khamis, 2 Julai 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Selasa, 21 April 2009

Ciri-Ciri Kepimpinan yang Baik

Soal kepimpinan dalam sesebuah organisasi sering diperkatakan apabila ianya menampakkan kecacatan ataupun kemajuan bagi organisasi berkenaan. Ini terbukti peranan pucuk pimpinan bagi sesebuah organisasi amat penting, kerana ia melibatkan krediabiliti pemimpin dan perlakuan aktiviti dalam organisasi.

Pemimpin yang bersifat adil adalah satu ciri penting yang sepatutnya ada bagi seseorang yang bergelar pemimpin. Ianya tidak terbatas kepada jenis kepimpinan kepada sebuah keluarga atau perkumpulan kecil atau sebuah organisasi. Malah apa sahaja yang dipimpin olehnya, keadilan akan sentiasa dipersoalkan. Artikel ini akan membicarakan tentang ciri-ciri kepimpinan yang harus ada dan dimiliki oleh seorang pemimpin kepada sesebuah organisasi menurut pandangan Islam.

Islam mengajak manusia menepati keadilan dalam segenap aspek kepimpinan yang diwakili olehnya. Sebab itulah pemimpin yang adil tempatnya kelak adalah di bawah naungan ‘Arash yang mulia.

Kepimpinan dari kacamata Islam merujuk kepada keperibadian dan segenap aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Di antara ciri-ciri kepimpinan yang baik di antaranya ialah:

• Berilmu pengetahuan. Orang yang berilmu akan ditingkatkan darjat dan tarafnya. Demikian menurut AlQuran. Sudah semestinya seorang pemimpin dalam sebuah organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih terutama aspek-aspek teknikel dan juga pengurusan dalam organisasi.
• Teras Aqidah yang kukuh. Ini bermakna seorang pemimpin yang mempunyai teras aqidah yang kukuh akan berjaya dalam kepimpinannya kerana pegangan yang tetap dan aqidah yang mantap akan mencorakkan kepimpinan yang tegas dan beretika dalam perwatakan dan prosedur kerja.
• Seorang lelaki. Pemimpin lelaki mempunyai beberapa kelebihan berbanding wanita dari segi kepimpinan. Pandangan yang jauh dan bermakna lebih utama dari mengutamakan perkara yang dekat dan remeh dari segi soal-soal kepimpinan. Kaum wanita adalah penting dari segi mengukuhkan organisasi dan perkara-perkara yang perlu dihalusi untuk mencapai kesempurnaan.
• Amanah. Sifat amanah adalah sifat yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Seharusnya seseorang pemimpin mewarisi sifat tersebut untuk mewujudkan sikap kerja yang baik dalam berbagai urusan organisasi.
• Benar dalam perkataan dan tindakan. Seseorang yang benar dalam perkataan dan tindakannya menggambarkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan menepati soal Kepimpinan Melalui Teladan.
• Keadilan yang meliputi segenap aspek yang dipimpin. Pemimpin yang adil adalah tunggak yang utama dalam sesebuah organisasi. Ciri kepimpinan yang adil mewarisi sifat-sifat utama pemimpin Islam sebagai termaktub dalam perjuangan para nabi dan rasul. Pemimpin yang adil juga dijamin keselamatannya di bawah naungan ‘Arash Allah swt.
• Bersifat rahim. Sabda Rasulullah s.a.w. ; perumpamaan baginda dengan umatnya ialah seperti orang yang menghalau kupu-kupu dan belalang yang berkerumun dekat api. Baginda menarik umatnya dari belakang agar mereka tidak jatuh ke dalam api tetapi mereka selalu terlepas tangan dari baginda. Sabdanya lagi, “Sebaik-baik pemimpin ialah yang kamu mencintai dan Dia mencintaimu, dan kamu mendoakan dan ia mendoakanmu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah yang kamu benci dan membenci kamu…”.
• Bijak dalam menangani masalah. Kisah Nabi Yusuf a.s dalam menangani masalah ekonomi meleset akibat musim kemarau yang berpanjangan melalui perancangan dan pentadbiran yang bijak adalah menjadi rujukan penting bagi sifat-sifat pemimpin yang bijak.
• Sentiasa menyampaikan pesanan dan perkara-perkara yang hak. Pesanan Rasulullah s.a.w., “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”.

Kesimpulannya, banyak lagi sifat-sifat yang digariskan dalam Islam bagi ciri-ciri kepimpinan yang baik seperti memaafkan, bertanggungjawab, petunjuk akhlak yang baik dan sebagainya. Jelas sekali, dari sifat-sifat di atas perlu dijadikan panduan dan rujukan kepada pemimpin-pemimpin organisasi yang mahukan kepimpinannya berakhlak.

Akhlak di dalam Islam


Akhlak didalam islam adalah berbeza daripada moral atau etika sebagaimana yang difahami oleh masyarakat barat.Ini adalah kerana akhlak islam bertunjangkan al-quran sedangkan moral atau etika hanyalah berasaskan akal fikiran manusia semata-mata.Akhlak dari kacamata islam adalah inti pati bagi setiap ibadat.Tanpa akhlak,ibadat yang dilaksanakan ibarat yang dilaksanakan ibarat pokok yang tidak berbuah.Sebagai contoh ibarat solat yang dilakukan dengan sempurna,ia boleh membentuk akhlak yang mulia pada diri seseorang itu.

Firman allah s.w.t:

"sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan munkar".

(Al-Ankabut ayat 45)

Dalam kehidupan manusia,akhlak itu diumpamakan seperti bunga dalam sebuah taman.Bagaimana pun luasnya sebuah taman,tetapi kalau dihias dengan bunga-bungan,maka taman itu tidak jauh berbeza seperti taman perkuburan.Sebagai contoh,seorang yang mempunyai badan yang sihat,menarik,berilmu,kaya atau berpangkat,tetapi jika dia mempunyai akhlak yang tercela dan perangai yang buruk ,maka dia tidak akan dimuliakan oleh masyarakat,apatahlagi disisi allah s.w.t.

Begitu juga halnya,untuk menjaga dan memelihara akhlak yang baik adalah seumpama menjaga dan memelihara bunga-bungaan yang ada didalam taman,supaya tidak menjadi kering dan layu.Oleh kerana itu,didikan agama yang kukuh adalah menjadi tunjang untuk menghasilkan hati yang bersih,dengan adanya hati yang bersih itulah akan melahirkan insan yang sentiasa berakhlak mulia.Hati dan jiwa yang kukuh dengan didikan agama tidak akan mudah dipengaruhi oleh anasir jahat yang cuba merosakkan akhlak manusia.

Sesungguhnya,hati atau jiwa manusia itu adalah satu-satunya pendorong kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan samada perbuatan baik atau jahat.Jika hati itu baik,maka akan terbitlah perbuatan yang baik,tetapi jika hati itu jahat,maka akan menjadi jahat jugalah perbuatannya.Didalam kitab Ikhyak Ulumuddin,Imam Al-Ngazali Rahimullah menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan akhlak atau budi pekerti itu ialah tingkah laku dan gerak-geri lahiriah manusia yang timbul dengan mudah tanpa disengaja dan difikirkan,sebagai penyataan dari keadaan jiwa seseorang.Ini bertepatan dengan sabda rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging,apabila ia baik,baik pulalah seluruh badan.Tetapi apabila ia buruk (rosak), buruk pulalah seluruh badan.Ingatlah,ia adalah hati (jiwa)".

(Riwayat Bahari Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa terjadinya sesuatu perbuatan atau tingkah laku seseorang itu adalah berpunca daripada kehendak hati.

Sesungguhnya allah itu maha indah dan amat suka akan keindahan,indahnya islam itu adalah terletak pada keindahan akhlak yang kita amalkan selaku umat islam.Selama mana kita berakhlak dengan akhlak mulia,maka selama itulah kita akan mendapat kemuliaan disisi allah s.w.t. Ibarat bunga yang mekar dan dihias didalam taman.Ia mampu menarik minat pengunjung untuk menghampiri dan mengamati keindahannya.Akhlak islam,sekiranya diamalkan dengan sebaik-baiknya akan menarik minat orang lain untuk mencontohinya.Ini telah dibuktikan oleh rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a yang memberikan contoh teladan dan akhlak terpuji dalam diri mereka sehingga orang-orang bukan islam ketika itu tertarik untuk memeluk islam.Sejarah hijrah lima belas orang sahabat nabi s.a.w yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Tolib r.a kenegeri Habsah membuktikan yang dikemukakan kepada Raja Habsah telah menarik perhatian maharaja habsah itu,lalu memberikan perlindungan kepada mereka.

Idantara fungsi pengutusan rasulullah s.a.w itu sendiri adalah untuk membimbing manusia bagi menyempurnakan akhlak yang terpuji,sepertimana sabdanya:

"Aku telah diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang seterusnya allah s.w.t berfirman:

(Riwayat Malik)

"Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang amat mulia".

(Al-Qalam ayat 4)

Didalam menjalankan tugas dakwahnya,rasulullah s.a.w telah melakukan satu reformasi sosial dikalangan masyarakat arab jahiliah ketika itu yang telah rosak akhlaknya.Perkara-perkara yang telah menjadi kebiasaan bagi mereka seperti minum arak,berjudi,berzina dan lain-lain lagi telah dapat diubah oleh rasulullah s.a.w setelah mereka memeluk islam.

Bentuk perubahan yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w ialah dengan menanamkan akidah yang kukuh kedalam jiwa para sahabat.Bagi tujuan itu,baginda telah mengadakan banyak pertemuan dengan para sahabat dirumah al-arqam bin ibnu al-arqam.Kekuatan dan kekukuhan akidah itu telah memncarkan nilai-nilai yang murni dan mempengaruhi pembentukkan akhlak mulia dikalangan para sahabat r.a.

Akhlak baik atau akhlak buruk seseorang itu bukanlah suatu warisan turun-temurun yang tidak dapat diubah mengikut tanggapan sempit sebilangan masyarakat.Ungkapan sepeti:"Bapak borek anak rintik" dan lain-lain lagi amat tidak sesuai dihubung kaitkan dalam soal pembentukkan akhlak mulia.Seorang bapa yang berjawatan imam tidak semestinya dapat menjadikan anaknya seorang yang baik.Begitu juga seorang bapa yang cerdik tidak senmestinya akan mempunyai anak yang cerdik sepertinya.Sepertimana benih yang baik,secara kebiasaannya akan menghasilkan pokok dan buah yang baik.Namun, jika benih tersebut tidak diurus dan dipelihara dengan baik, sudah tentu akan menghasilkan buah yang tidak baik. Dalam hal ini,apa yang lebih utama ialah individu itu sendiri perlu ada kesedaran dan keazaman untuk menjadi insan yang baik dan sempurna.

Dalam soal pembentukkan akhlak,Imam Al-Ngazali Rahimullah menyatakan bahawa makhluk yang wujud ini terbahagi kepada dua iaitu,

- Makhluk yang wujud secara sempurna.

- Makhluk yang wujud secara kurang sempurna.

Namun kekurangan-kekurangan itu boleh disempurnakan dengan syarat adanya daya usaha.

Ini memberi maksud bahawa akhlak seseorang itu boleh diubah dan diperbaiki dengan syarat ada kesungguhan dan latihan yang berterusan.

Selain dari itu, alam persekitaran yang baik juga perlu diwujudkan.Ini adalah kerana keadaan disekeliling kita dapat dijadikan acuan yang mampu mempengaruhi pembentukkan jiwa seseorang.Jika masyarakat disekeliling kita adalah masyarajat yang beriman,maka proses pembentukkan akhlak akan menjadi lebih mudah,tetapi jika sebaliknya,maka proses juga ajan menjadi lebih sukar.

Masalah generasi muda kita hari ini ialah mereka terlalu meniru dan amalan serta gaya hidup masyarakat barat yang merosakkan nilai-nila murni masyarakat islam.Tidak dinafikan bahawa mereka juga masih tetap menganut agama islam,tetapi dari sudut yang lain, mereka gagal mengamalkan akhlak islam dengan baik dan berkesan.Akibatnya berlakulah pelbagai masalah dan gejala sosial seperti perzinaan,penagih dadah,lumba haram dan sebagainya.

Kita sebagai umat islam yang sedar,sewajarnya menggembeling tenaga memperbaiki akhlak generasi muda kita yang semakin parah pada hari ini.Berita didada akhbar dan dikaca television yang memaparkan masalah keruntuhan akhlak muda-mudi kita,sepatutnya menginsafkan kita betapa umat islam pada hari ini ditimpa kehinaan kerana rosaknya akhlak mereka.Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengubah minda generasi muda kita yang terlalu mengagung-agungkan sesetengah para artis dan selebriti yang rosak akhlaknya,agar menjadikan peribadi rasulullah s.a.w sebagai ikutan mereka.

"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan allah dan balasan baik hari akhirat serta dia pula banyak menyebut dan mengingati".

(Al-Ahzab Ayat 21)